Sunday, 23 November 2014

Pada minggu ini, penyelia saya memilih salah satu daripada semua lakaran di bawah sebagai lakaran reka bentuk akhir saya untuk PTA saya dan akan membuat mock-up untuk melihat bagaimana keadaan sebenar reba bentuk tersebut dalam objek 3D. Pada minggu depan saya akan menyerahkannya kepada penyelia saya untuk membincangkan apa yang perlu saya akan dibaiki untuk penambah baikan reka bentuk tersebut.

Di bawah adalah lukisan lakaran yang dipilih untuk proses pembuatan mock-up dan akan ditunjukkan kepada penyelia saya pada minggu depan.



Thursday, 20 November 2014

Sketch


Gambar dibawah adalah merupakan lakaran saya untuk rekabentuk ampaian














Visual Research

Kajian Visual

Gambar dibawah adalah kajian visual untuk memudahkan saya membuat lakaran reka bentuk untuk reka bentuk PTA saya














Thursday, 13 November 2014

Mind Mapping

Sebelum saya mulakan untuk reka bentuk projek ini, pertama saya membuat satu mind mapping sebagai panduan saya untuk memudahkan saya dalam membuat projek ini



Research Methodology

Metodologi adalah satu kaedah penyelidikan yang diguna pakai oleh pengkaji untuk membuat penyelidikan terhadap sesuatu. Ia digunakan untuk menganalisa beberapa bukti yang perlu untuk menyokong setiap hipotesis penyelidikan yang telah dibuat. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan dengan cara praktikal yang dihasilkan berdasarkan teknik tertentu yang digunakan oleh pengkarya dalam penghasilannya.

Dalam metodologi penyelidikan ini, terdapat tiga kaedah yang dapat dilakukan oleh penyelidik iaitu dari segi pemerhatian, bacaan dan kajian tehadap sesuatu yang ingin diselidik. Tujuan metodologi penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan penyelesaian atau solusi masalah yang dihadapi terhadap sesuatu. Bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam masalah yang diselidik, memerlukan prosedur penyelidikan dan strategi yang teratur. Dalam kaedah penyelidikan ini dibuat adalah untuk mendapatkan jawapan terhadap satu persoalan dan mencari kebenaran dalam sesuatu perkara secara objektif.

Penyelidikan ini memfokuskan terhadap ketepatan dan bukti yang benar atau bukti yang sahih. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah untuk mengumpul maklumat utama dan juga maklumat kedua. Mengikut permasalahan penyelidikan, kaedah kualitatif merupakan langkah penyelidikan yang sesuai digunakan untuk mendapatkan pelbagai sumber maklumat yang diperlukan terhadap sesuatu yang diselidik.

Dalam penggunaan kaedah kualitatif tersebut, penyelidik dapat memperoleh tindak balas daripada pelbagai pihak dengan lebih mudah dan dapat membantu untuk menentukan langkah penyelesaian yang sesuai dalam permasalahan yang diselidik. Di samping itu juga, penggunaan kaedah yang relevan dapat menjadikan sebagai panduan untuk membuat kajian dengan sempurna dan tepat apabila dengan adanya objektif yang telah ditetapkan dalam penyelidikan.


RESEARCH OBJECTIVES

Dalam kajian ini, saya telah melabelkan beberapa objektif kajian untuk memudahkan kajian saya dalam reka bentuk produk tersebut.



        Penyelidikan yang dijalankan ini bermatlamat untuk membantu pengguna untuk memudahkan dan memberi keselesaan mereka dalam menggunakan produk tersebut. Antara objektif penyelidikan yang dibuat adalah:
  •          Menyelidik jenis-jenis alat ampaian yang terdapat dalam pasaran pada masa sekarang untuk kegunaan pengguna yang sangat diperlukan pada masa ini.
  •          Menyelidik fungsi dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pengguna ketika menggunakan produk tersebut yang sedia ada.
  •          Menganalisis data dan maklumat yang ada untuk membantu menyelesaikan masalah reka bentuk produk ampaian untuk memberikan keselesaan terhadap pengguna
  •          Menyelidik bahan yang sesuai untuk mereka bentuk baru produk tersebut bagi ketahanan daripada cepat rosak.
  •          Menyelidik dari segi sistem rangka ampaian untuk memudahkan pengguna menggunakan produk baru tersebut.

PROBLEM STATEMENT


Dari segi pernyataan masalah pula adalah seperti masalah mengganggu masa pengguna. Hal ini memang tidak dapat dinafikan bahawa pada masa sekarang semua orang mahupun penyelidik sendiri mementingkan dalam penggunaan masa. Masalah yang terdapat pada reka bentuk pada alat penyidai kain ini adalah sekiranya pengguna ingin menyidai kain pada bahagian rangka paling hujung atau rangka yang paling akhir, pengguna merasakan tidak selesa kerana mereka terpaksa mengalihkan pergerakan mereka ke arah belakang atau bergerak pada bahagian batang rangka yang terakhir tersebut untuk menghabiskan sidaian mereka.

Masalah kedua pula adalah masalah produk yang tidak tahan lama. Dalam hal ini, kebanyakan reka bentuk produk tersebut diperbuat daripada besi, plastik dan kayu yang menyebabkan produk ini mudah rosak apabila terdedah daripada panas dan hujan yang membuatkan pengguna merasakan tidak berpuas hati terhadap produk yang mereka beli.

Masalah ketiga adalah masalah dalam penggunaan ruang. Kebanyakan pengguna pada masa sekarang mementingkan dalam penggunaan ruang kawasan rumah mereka kerana kebanyakan rumah penginapan mereka mempunyai ruang yang terhad. Oleh sebab itu, pengguna juga akan memikirkan produk yang dapat menjimatkan ruang pada bahagian rumah mereka sebelum membuat keputusan dalam pemilihan produk sedemikian.