Dari segi pernyataan masalah pula adalah seperti
masalah mengganggu masa pengguna. Hal ini memang tidak dapat dinafikan bahawa
pada masa sekarang semua orang mahupun penyelidik sendiri mementingkan dalam
penggunaan masa. Masalah yang terdapat pada reka bentuk pada alat penyidai kain
ini adalah sekiranya pengguna ingin menyidai kain pada bahagian rangka paling
hujung atau rangka yang paling akhir, pengguna merasakan tidak selesa kerana
mereka terpaksa mengalihkan pergerakan mereka ke arah belakang atau bergerak
pada bahagian batang rangka yang terakhir tersebut untuk menghabiskan sidaian
mereka.
Masalah kedua pula adalah masalah produk yang tidak tahan lama. Dalam hal ini, kebanyakan reka bentuk produk tersebut diperbuat daripada besi, plastik dan kayu yang menyebabkan produk ini mudah rosak apabila terdedah daripada panas dan hujan yang membuatkan pengguna merasakan tidak berpuas hati terhadap produk yang mereka beli.
Masalah ketiga adalah masalah dalam penggunaan ruang. Kebanyakan pengguna pada masa sekarang mementingkan dalam penggunaan ruang kawasan rumah mereka kerana kebanyakan rumah penginapan mereka mempunyai ruang yang terhad. Oleh sebab itu, pengguna juga akan memikirkan produk yang dapat menjimatkan ruang pada bahagian rumah mereka sebelum membuat keputusan dalam pemilihan produk sedemikian.

No comments:
Post a Comment