Metodologi adalah satu kaedah penyelidikan yang
diguna pakai oleh pengkaji untuk membuat penyelidikan terhadap sesuatu. Ia
digunakan untuk menganalisa beberapa bukti yang perlu untuk menyokong setiap
hipotesis penyelidikan yang telah dibuat. Sehubungan dengan itu, kajian ini
akan dijalankan dengan cara praktikal yang dihasilkan berdasarkan teknik
tertentu yang digunakan oleh pengkarya dalam penghasilannya.
Dalam metodologi penyelidikan ini, terdapat tiga
kaedah yang dapat dilakukan oleh penyelidik iaitu dari segi pemerhatian, bacaan
dan kajian tehadap sesuatu yang ingin diselidik. Tujuan metodologi penyelidikan
ini adalah untuk mendapatkan penyelesaian atau solusi masalah yang dihadapi
terhadap sesuatu. Bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam masalah yang
diselidik, memerlukan prosedur penyelidikan dan strategi yang teratur. Dalam
kaedah penyelidikan ini dibuat adalah untuk mendapatkan jawapan terhadap satu
persoalan dan mencari kebenaran dalam sesuatu perkara secara objektif.
Penyelidikan ini memfokuskan terhadap ketepatan dan bukti yang benar atau bukti yang sahih. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah untuk mengumpul maklumat utama dan juga maklumat kedua. Mengikut permasalahan penyelidikan, kaedah kualitatif merupakan langkah penyelidikan yang sesuai digunakan untuk mendapatkan pelbagai sumber maklumat yang diperlukan terhadap sesuatu yang diselidik.
Dalam penggunaan kaedah kualitatif tersebut, penyelidik dapat memperoleh tindak balas daripada pelbagai pihak dengan lebih mudah dan dapat membantu untuk menentukan langkah penyelesaian yang sesuai dalam permasalahan yang diselidik. Di samping itu juga, penggunaan kaedah yang relevan dapat menjadikan sebagai panduan untuk membuat kajian dengan sempurna dan tepat apabila dengan adanya objektif yang telah ditetapkan dalam penyelidikan.

No comments:
Post a Comment